Rabu, 31 Disember 2008

Sukan Ria Tahunan Keluarga HAR

Pada 14 Disember 2008 yang lalu, telah diadakan Sukan Ria Tahunan Keluarga Haji Abd. Rahman (HAR) di Pantai Seri Kenangan, Tutong.

Auntie Eme, Uncu Bebeh and Sofea.


Nabil & Waldan dgn hadiah masing-masing.



Kumpis Challenge....Dayah (Yakub HAR) Vs. Bu Nah (Hjh Aminah HAR). Ani perlawanan wajib setiap tahun, semua mesti ikut perlawanan ani, nda kira umur.


Kumpis Challenge: Hakeem (Yahya HAR) vs. Waldan (Hj. Ahmad HAR)


Damia, Sofea, Nabil & Waldan main pasir.


Rubic Cube Challenge kategori perempuan dewasa: Babu Adi ( Yakub HAR), Babu Besar (Yahya HAR), di belakang kelihatan setiap ahli keluarga cuba menolong. Pemenang acara ani ialah Babu Adi (Yakub HAR).


Waldan & Mia.....laju.....


Cucu-cucu Haji Ahmad HAR: Aiman, Waldan, Nabil, Damia & Sofea.
(sorang g masih baby - Baby Aqil)


Berlawanan Futsal di atas pasir.

Di antara games yg diadakan:
1) Kanak2 6 tahun ke bawah: memutik gula2, mencari benda, mengupas limau, mencari keluarga.
2) Kanak2 12 tahun ke bawah: mengambil air menggunakan span, mencari barang.
3) Perempuan dewasa: bowling pakai bola softball, golf, rubic cube challenge,
4) Lelaki dewasa: melipat kemeja, futsal, bowling pakai bola softball, rubic challenge.
5) Acara Family: mencari keluarga, membungkus mummy, kumpis challenge.

SEMOGA TANI BERJUMPA LAGI DI SUKAN RIA TAHUN DEPAN !!!


Selasa, 30 Disember 2008

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Athsuri berkata: 10 macam daripada kekejaman ialah:
1) Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.
2) Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang 2 rakaat (Sunat Tahyatul-Masjid).
4) Seorang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6) Seseorang yang di daerahnya didatangi orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang yang diundang pada jamuan tetapi dia tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa jirannya lapar, tetapi tidak diberi dari makannya itu.

Wallahu'alam.

My family


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Sabtu, 27 Disember 2008

Visiting Ke Jabal Nur


Shown here are pictures of Jabal Nur, where the Gua Hira (Cave of Hira) located. Nabi Muhammad S.A.W used to meditate in this cave frequently. The first Qur'an verse was revealed to him here.
















Can you see the small white spots? The small white spots were people climbing the Jabal Nur, they went to Gua Hira. Unfortunately, since we were running out of time, we only watched the Jabal Nur from our seats inside the bus.

Jumaat, 26 Disember 2008

Jabal Rahmah

Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, masuk dalam wilayah Arafah. Jabal Rahmah adalah seluruh bukit yang terletak disebelah sudut Padang Arafah. Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan hawa setelah berpisah selama 200 tahun. Sebuah riwayat menceritakan bahwa setelah Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Wada’ di Masjid Namirah, barulah beliau melakukan Wukuf di kaki Jabal Rahmah yang merupakan sebahagian dari Padang Arafah.

Masa Melawat Ke Jabal Rahmah






Masa di Mekah, rombongan kami dibawa melawat ke Jabal Rahmah. Jabal = Bukit. Ani tah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah di keluarkan dari syurga. Bukitnya nda jua berapa tinggi, hampir semua jemaah naik ke bukit atu...termasuklah kami. Walaupun nda tinggi, tapi naik ke bukit atu kerasahan jua lalahnya...rasanya nda kan tenaik, ganya bari hawar jua bila meliat org tua2 plg tenaik. Isshh...padan tah jua, org lain naik lalu tangga, kami naik ikut jalan batu yang paksa melangkah banar2.





Sampai di bukit, ramai jemaah dari pelusuk dunia ada di sana. Ada sebuah tugu di atas bukit atu, di sana tah jemaah mencatat nama diri dan pasangan. Hitam dah bahagian bawah tugu atu sal banyak bnr org menulis namanya atas batu atu. Mun kan ikut menulis pun nda gi keliatan nama diri atas batu atu. Terkana nda kan mau ikut berasak-asak, nda tah kami menulis nama kami di tugu atu. Di sana kami berdoa saja. Dan nda lupa jua kami mendoakan keluarga2 yang lain. Semoga dimakbulkan segala doa.





Dari atas bukit, nampak pemandangan padang Arafah. Kira-kira dalam 10 min kami di atas bukit dan begambar2, baru tah turun. Sekali ani turun lalu tangga..hehehe...nda jua lalah rasanya. sepanjang perjalanan menuruni tangga, banyak pedangang2 berjualan di tangga atu, ada jual minyak wangi, tasbih, herba, perhiasan dan bnyk lagi. Tapi aku nda membali2 di sini, sekadar meliat2 sj. Di kaki bukit, ada unta berhias untuk disewa. Mun kan merasai naik unta, iatah masanya ni... Maklum, untuk kenangan, aku naik tah di atas unta, nda ku mau batah2 sal gali ku naik badan unta atu.

Cantiknya Wanita!

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.


(sumber: MIDI Bil.55)

Khamis, 25 Disember 2008

Masjid an-Nabawi

Sewaktu berada di Madinah, aku sampat mengambil beberapa gambar kenangan di masjid an-Nabawi. Nampak dome yang berwarna hijau atu, atu tah masjid asalnya. Di masjid ani kawalannya sangat ketat, payahkan mengambil gambar di dalam masjid. Solat di masjid ini lebih utama dari 1000 kali solat di tempat lain. Dalam masjid ani terdapatnya makam Rasullulah S.A.W. Dalam Masjid Nabawi ini terdapat tempat yang mustajab untuk berdoa disebut Raudah.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : "jika kamu melawat makamku,sama seperti engkau melawatku masa aku masih hidup"


Sejarah Masjid an-Nabawi.

Masjid an-Nabawi (b. Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam.
Masjid Nabawi mulai dibangun pada bulan September 662 Masehi di atas sebidang tanah milik dua orang anak yatim, Sahal dan Suhail asuhan A’Sad bin Zurarah. Awalnya Rasullullah meminta kesediaan pemilik tanah agar melepaskan haknya dengan cara menjual tanah tersebut untuk membangun masjid. Sahal dan Suhail tidak bersedia menjual tanah miliknya, bahkan keduanya lebih memilih untuk mewakafkan saja kepada Rullullah. Nabi Muhammad SAW tidak berkenan menerima dengan cara itu kecuali membelinya dengan 10 dinar.Di atas tanah tersebut sebelumnya terdapat makam orang-orang musyrik dan beberapa pohon kurma. Kemudian nabi memerintahkan penggalian kuburan itu dan menebang pohon-pohon kurma.Awalnya Masjid Nabawi sangat kecil. Tiang dan atap dibuat dari batang kurma sedangkan penerangan dari pelepah kurma yang dibakar. Berbeda dengan saat ini, penerangan Masjid Nabawi dengan lampu yang benderang melalui aliran listrik yang tak pernah padam.

Tawaf




Sedikit kenangan semasa mengerjakan umrah pada bulan jun lepas. Gambar2 ani diambil dari tingkat atas Majidil Haram. Sementara menanti azan Sembahyang fardu Isya', aku jalan2 di kawasan masjid dan mengabadikan beberapa gambar kenangan di tempat penuh rahmat dan berkah ani.

Nanti ku upload video jemaah tawaf, atupun mun dpt berfungsi dgn baik.

Al-Fatihah

Adik Dk. Zakirah Wadeeah telah dijemput ke pangkuanNYA pada hari Rabu, 24 Disember 2008 , kira-kira jam 7.50 malam. Allayarhamah selamat dikebumikan pada pagi Khamis, sekitar pukul 10 pagi di tanah perkuburan Islam, Ringan-Ringan.

Al-Fatihah buat allayarahmah adik Zakirah, Semoga adik Zakirah aman dan tenang bersemadi di dunia baru, di alam barzakh dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.