Selasa, 30 Disember 2008

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Athsuri berkata: 10 macam daripada kekejaman ialah:
1) Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.
2) Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang 2 rakaat (Sunat Tahyatul-Masjid).
4) Seorang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6) Seseorang yang di daerahnya didatangi orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang yang diundang pada jamuan tetapi dia tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa jirannya lapar, tetapi tidak diberi dari makannya itu.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan